RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2025

SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

Majlis Perasmian Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya 2025 telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dengan kerjasama Pengurusan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ Selangor), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan  Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB).

Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Kempen Op Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025.

Pada sesi pagi, Datuk Hussein Omar Khan turut menyerahkan topi keledar baharu dan limau mandarin kepada pengguna jalanraya yang melalui laluan Plaza Tol NPE. Selain itu, penunggang motosikal dijemput menjalani pemeriksaan motosikal percuma yang ditawarkan oleh pihak Suzuki Malaysia sebagai usaha memastikan kenderaan motosikal mereka berada dalam keadaan selamat dan baik.

Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tuan Azrin Bin Borhan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dan Tuan Haji Mohamad Zahri Bin Samingon, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kehadiran mereka mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif keselamatan jalan raya ini dan komitmen bersama dalam meningkatkan kesedaran serta keselamatan pengguna jalan raya di seluruh Selangor.

Program hari ini akan berlangsung sehingga petang, dan penduduk sekitar serta pengguna motosikal yang melalui Lebuhraya NPE di kawasan Sunway dialu-alukan untuk menyertai. Sertai kami untuk mendapatkan pelbagai manfaat dan menyokong keselamatan jalan raya untuk semua! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.