RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Januari 2025

Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

Komuniti penunggang motosikal baru-baru dikejutkan dengan kemalangan maut yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Mohd Sofi Ismail dan Zaimima Ismail selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin lepas.

Menurut sumber, berita kemalangan maut itu dikongsikan oleh Muhammad Arashid Ramli, 39, yang merupakan rakan Allahyarham daripada seorang rakan yang turut sama mengikuti konvoi ke Thailand sekitar jam 10.30 pagi.

Katanya, pasangan tersebut bersama empat lagi rakan dalam perjalanan pulang dari Thailand ke Pulau Pinang. "Kumpulan konvoi itu sudah hampir dua minggu berada di Thailand.

"Semasa kejadian, jentera yang ditunggang arwah terbabas sendiri kerana jalan licin akibat hujan. Pasangan tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan jenazah telah dibawa ke Hospital Chumphon.

Jenazah Mohd Sofi dan isterinya telah dibawa keluar dari Thailand pada jam 1.10 pagi ke kediaman arwah Zaimima yang di Kampung Baru Jemerli, di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 4.30 pagi.

Proses persemadian jenazah terbabit berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan sahabat pasangan terbabit yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700