RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mac 2018

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Kawasaki Motors Sdn Bhd (KMSB) telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada 25hb Januari lalu yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai. Turut hadir pada majlis penuh bermakna itu ialah Pengerusi Eksekutif KMSB, En. Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya.

Menurut statistik yang dilaporkan oleh MASAAM untuk jangkamasa 10 tahun (2007 – 2016), jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia adalah sebanyak 73,654 manakala 40,609 atau 63% daripadanya terdiri daripada pengguna motosikal. Dalam ucapan Dato' Seri Liow Tiong Lai pula, beliau memberitahu bahawa jumlah kemalangan maut jalan raya pada tahun 2016 mencecah kepada 7,152 kes dan 4,485 daripadanya adalah penunggang motosikal. Angka-angka ini sememangnya sangat merisaukan.

Ia merupakan penganjuran kali ketiga oleh pihak KMSB dan tema kali ini ialah 'Fikir Keselamatan, Tunggang Dengan Bertanggungjawab. “Melalui kempen ini, pihak KMSB amat berharap ia dapat memberikan kesedaran khususnya buat para penunggang motosikal tentang aspek keselamatan, cara menunggang dengan cermat, pentingnya penyelenggaraan motosikal dan cara pemakaian yang perlu lebih cerah agak mudah dilihat. Ini amat penting kerana ia mampu mengurangkan kadar kemalangan,” kata En. Ahmad Faez.

Kempen yang diadakan ini telah memberi peluang kepada para pengguna motosikal untuk mendapatkan pemeriksaan pada 16 bahagian motosikal secara percuma dan mereka akan diberi nasihat untuk melakukan servis atau penukaran alat ganti (jika perlu) oleh para mekanik terlatih dari KMSB. Turut ditawarkan untuk penunggang motosikal yang mendaftarkan diri ialah penukaran topi keledar lama kepada yang baru serta jaket keselamatan yang cukup menarik.

Program tanggungjawab korporat ini telah mendapat sokongan penuh daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLKUS Malaysia Berhad, AEON Credit Service dan banyak lagi. RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.