RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Februari 2025

Abang putus tangan, adik putus kaki terlibat kemalangan menuju ke sekolah

Pulau Pinang - Dua beradik cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di susur masuk ke Jalan Besar Sungai Bakap-Jalan Pengkalan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa yang berusia tujuh tahun dilaporkan putus tangan kiri manakala adiknya berusia lima tahun putus kaki kanan akibat digilis lori berkenaan.

Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Mangsa yang juga murid Tahun Satu dan tadika itu membonceng motosikal ditunggang nenek mereka yang berusia 50-an dan sedang dalam perjalanan ke sekolah.

Selain dua beradik itu, wanita berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan tanah merah itu keluar dari susur sebelah kiri jalan sebelum terlanggar motosikal yang berada di hadapannya di sebelah kanan kenderaan berat itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Selatan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati dua kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan parah dan mereka segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Nenek mereka yang mengalami kecederaan di kepala turut diberi rawatan sebelum dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim dalam satu kenyataan memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

"Orang awam yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Rizal Abdul Rani di talian 013-9396252.

Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengikut peraturan jalan raya agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Terdahulu, beberapa rakaman video dan gambar kemalangan itu tular di media sosial, sekali gus mengundang reaksi simpati daripada orang ramai yang turut mendoakan kesejahteraan mangsa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.