RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Mac 2025

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Manjung: Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, maklumat nahas itu diterima polis jam 1 pagi Sabtu.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Katanya, siasatan awal polis di lokasi nahas mendapati kejadian berpunca apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang remaja lelaki berumur 18 tahun yang sedang berkonvoi dipercayai telah melanggar belakang treler yang sedang bergerak perlahan di lorong kecemasan.

"Motosikal datang dari arah utara menghala selatan secara konvoi. Sebuah motosikal yang ditunggang remaja berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang kanan treler yang bergerak perlahan di lorong kecemasan.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang dan motosikal jatuh di laluan utama. Sembilan buah motosikal lain yang masing-masing ditunggang lelaki dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 23 tahun yang datang dari arah ytang sama tidak sempat mengelak lalu merempuh penunggang yang jatuh pada awalnya."

"Dalam kemalangan ini, seorang penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh penunggang lain mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Seri Manjung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor Mohd Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441.

Ditanya sama ada kejadian itu membabitkan elemen perlumbaan haram, Hasbullah berkata, ia belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa memandu dan patuhi peraturan jalan raya yang sudah ditetapkan.

"Berhati-hatilah memandu kenderaan atau menunggang motosikal serta jangan terbabit dengan aktiviti tidak sihat atau menunggang secara bahaya," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman berkaitan nahas itu termasuk yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang diselenggara pihak Lebuhraya WCE. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.