RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 April 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

IPOH - Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 41 tahun itu diberkas dalam serbuan berasingan sekitar jam 6.45 pagi pada Isnin.

Menurut beliau, sebuah kereta jenis BMW Model E90 3 Series berwarna putih, sebatang kayu golf dan pengunci stereng kereta berwarna biru dirampas.

"Laporan kejadian itu diterima daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun pada jam 12.30 tengah malam yang mendakwa diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata.

"Siasatan awal polis mendapati motif kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan motosikal yang dirampas dalam kegiatan lumba haram," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Abang Zainal Abidin berkata, "Seramai enam mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Senjata yang disyaki digunakan semasa kejadian adalah kayu besbol, parang, pedang samurai, topi keledar dan pisau panjang."

sumber: sinarharian.com
sumber: sinarharian.com

"Semakan rekod kesalahan lampau mendapati dua daripada sembilan suspek mempunyai rekod bersabit kes dadah dan jenayah.

"Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati tiga suspek positif dadah jenis benzodiazepin dan seorang lagi suspek positif tetrahydrocannabinol (THC)," katanya.

Tambah beliau, permohonan reman terhadap empat suspek dibenarkan selama tiga hari manakala lima lain ditahan reman sehari untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh menggunakan senjata.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Al Hakim di talian 011-11256246 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.