RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 April 2025

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Bagi menjawab desas-desus ramai pihak mengenai penyertaan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia Autoshow 2025 nanti, pihak Mforce akhirnya telah membuat kenyataan mengapa terpaksa melepaskan hasrat untuk menyertainya.

Disebabkan perkara tersebut, Mforce mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perancangan jangka panjang dan memperkukuhkan lagi strategi pemasaran syarikat.

Sebagai salah satu jenama utama dalam industri automotif tempatan, Mforce akan menganjurkan acara eksklusif Mforce Motoshow pada tahun 2026 bagi menghargai pengguna-pengguna Mforce serta memberi pendedahan dan membina kepercayaan kepada semua pengunjung dengan mengadakan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti yang menarik.

Mforce bukan hanya setakat bercadang untuk mempamerkan motosikal yang sudah di pasaran, tetapi turut melancarkan model-model terbaru serta mempamerkan prototaip motosikal yang bakal dilancarkan dalam tempoh tiga tahun kehadapan.

Acara eksklusif Mforce Motoshow 2026 bakal dimeriahkan oleh pengunjung yang memiliki motosikal-motosikal Mforce, mereka yang bakal menjadi pemilik motosikal Mforce dan rakyat Malaysia dari berbilang kaum dan latar belakang.

Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti sesi tunggang uji, pertunjukan aksi (stunt show) serta ruang untuk para pengunjung menjalankan aktiviti perkhemahan bagi menguatkan semangat dan kerjasama komuniti pemilik motosikal Mforce.

Mforce akan terus komited dalam memberikan yang terbaik mahupun dari segi produk, perkhidmatan dan aktiviti sosial.

Mengenangkan pencapaian tahun lalu, Mforce telah memperoleh pelbagai maklum balas positif hasil daripada ruang pameran yang merangkumi satu dewan penuh di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sempena Malaysia Autoshow 2024.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan oleh pihak Mforce: "Dalam pameran tersebut, Mforce telah melancarkan 18 model baharu hanya dalam satu hari dan mempamerkan 80 model yang bakal berada di pasaran. Jumlah anggaran lebih 200 model motosikal di Malaysia Autoshow ketika itu sekaligus menjadikan ruangan pameran Mforce antara yang terbaik sepanjang program berlangsung. Kejayaan ini mencerminkan dedikasi dan inovasi berterusan Mforce dalam industri permotoran."

"Mforce Bike Holdings Sdn.Bhd. ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan, syarikat kredit, rakan niaga, rakan media dan peminat motosikal atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami bertekad untuk terus memperkenalkan model-model terbaik serta memperluaskan peluang interaksi bersama peminat melalui pelbagai acara eksklusif pada masa akan datang." RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.