RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2025

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

BENTONG - Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM)43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, tular klip video berdurasi 1 minit 20 saat di laman sosial pada Ahad kira-kira jam 8 malam memaparkan kemalangan tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi hari yang sama.

"Motosikal yang ditunggang hilang kawalan tergelincir lalu terbabas masuk di bahu kiri jalan.

Tangkap layar dari video tular.
Tangkap layar dari video tular.
Tangkap layar dari video tular.
Tangkap layar dari video tular.

"Salah seorang penunggang yang berjaya dikesan memaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan manakala dua lagi belum dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menghubungi penunggang berkenaan untuk tampil memberikan kerjasama.

Jelasnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau juga meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Kredit Foto: IPD Bentong.
Kredit Foto: IPD Bentong.

"Pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas serta mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak sesekali dijadikan seperti litar oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.