RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mei 2025

Kanak-Kanak Cedera, Baju Hujan Terbelit Roda Motosikal

Balik Pulau: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun patah tangan kiri selepas baju hujan dipakai terbelit pada roda motosikal yang dinaiki hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi di Kampung Permatang Pasir itu, mangsa dikatakan memakai baju hujan bersaiz besar ketika membonceng motosikal ditunggang ibu saudaranya.

Bapa mangsa Syukry Said, 41, berkata ketika kejadian anaknya, Muhammad Aryan Shah tidak ke sekolah kerana tidak sihat dan dalam perjalanan ke rumah saudara.

Foto: Tangkap layar video tular.
Foto: Tangkap layar video tular.

"Dia tidak sihat hari ini dan dibawa ke rumah saudara untuk dijaga.

"Berikutan hujan lebat, ibu saudaranya memakaikan Muhammad Aryan Shah baju yang lebih besar sebelum lengan pakaian itu tersangkut pada roda motosikal.

"Penduduk berhampiran lokasi kejadian mengambil masa 20 minit membantu melepaskan tangannya yang tersepit pada roda motosikal sebelum dihantar untuk rawatan di Hospital Balik Pulau.

"Keadaannya stabil dan mengalami patah tangan kiri selain sedikit kecederaan di tangan kanan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 9.44 pagi.

"Kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha LC136 yang dinaiki dua individu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.