RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mei 2025

Yamaha XSR155 masuk pasaran atau tidak? Pihak HLYM belum beri kata putus!

Ketika menghadiri booth Yamaha di Malaysia Autoshow 2025, kami cukup tertarik dengan sebuah jentera gaya neo-retro iaitu XSR155. Memang cun betul, kena dengan jiwa!

Model jalanan ini disempurnakan dengan enjin 155cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair, SOHC yang memberikan hantaran kuasa setinggi 19hp pada 10,00rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm. Ya, spesifikasi yang sama dengan model moped Y16ZR dan model jalanan MT-15.

Tarikan utama model ini datangnya dari rekabentuknya yang nampak seperti sebuah jentera yang berkuasa tinggi. Lampu hadapan dan belakang jenis LED berbentuk bulat yang memang cukup cantik. Pelananya setinggi 810mm yang mudah untuk ditunggangan oleh semua jenis penunggang dan ia juga cukup selesa dan empuk.

Ketangkasan jentera ini di jalan disumbangkan oleh kerangka jenis Deltabox seperti siri XSR yang bersesaran lebih tinggi. Pergerakan jenter ini dikawal oleh brek-brek cakera beserta sistem ABS dan ia juga hadir dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Fork hadapan XSR ini jenis terbalik dan dipadankan dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Tangkinya bersaiz 10.4 liter, agak kecil berbanding model FZ150 (12 liter) dan besar sedikit daripada MT-15 (10 liter).

Menurut pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), pihaknya kini sedang membuat tinjauan dan mendapatkan penilaian daripada para pengunjung yang hadir ke ruang pameran Yamaha sepanjang acara Malaysia Autoshow diadakan iaitu dari 9hb hingga 15hb Mei ini.

Kita berharap pihak HLYM akan membuat pertimbangan untuk membawa masuk model ini ke pasaran negara kerana kami yakin...XSR155 akan mendapat sambutan hangat! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.