RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mei 2025

Selepas Sporter-S, MODA bakal perkenalkan Shifter 400X tidak lama lagi!

Selepas dilancarkan pada awal Januari lalu menerusi model Sporter-S, jenama motosikal terbaru MODA makin diminati oleh para peminat dunia skuter khususnya. MODA Sporter-S menawarkan enjn yang cukup padu. Mampu memecut pada kelajuan tinggi dan mempunyai ketangkasan di laluan-laluan berselekoh.

Pada tahun 2023 lalu, sebuah model skuter maksi MODA iaitu Shifter 400Xtelah pun dipamerkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ketika penganjuran MotoGP di Malaysia ketka itu. Ingat lagi tak? Kalau tak ingat tak apalah, kami tetap akan kongsikan maklumat ini bersama.

Selepas lama menunggu, akhirnya MODA Shifter 'muncul' semula di pameran Malaysia Autoshow baru-baru ini dan sudah tentu mendapat tumpuan ramai, termasuk kami sendiri.

Ya, berbanding Sporter-S, model ini tampak lebih eksklusif dan elegan. Lihat sahaja lampu hadapannya (jenis LED) yang ada aura sebuah jentera berkuasa tinggi. Cermin pengadang angin juga boleh dilaraskan secara automatik. Ya...Shifter juga hadir dengan sistem Kunci Pintar dan panel meter TFT yang cukup moden.

Dari segi enjinnya pula, MODA melengkapkan skuter ini dengan enjin 333.4cc, 4 injap, sistem penyejuk cecair, Euro 4 yang menawarkan hantaran kuasa 121.7kw pada 7,000rpm dan tork 33.5Nm pada 5,500rpm dengan kelajuan maksimum (dinyatakan) 138km/j.

Shifter 400X hadir dengan tayar-tayar bersaiz 120/70-14 (depan), 150/70-13 (belakang) yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera berserta sistem ABS. Antara ciri-ciri menariknya ialah sistem Traction Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Connectivity System, ruangan bawah pelana yang luas dan semestinya camera rakaman (dashcam) yang mempunyai resolusi tinggi.

Harga jualan dianggarkan adalah sekitar RM25,000 dan hadir dalam dua warna iaitu Putih dan Hitam. Jadi....sabar, kita tunggu pelancarannya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.