RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Mei 2025

Enam lebuhraya, 25 jalan utama ditutup, dilencongkan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Penutupan jalan raya secara berperingkat serta lencongan laluan akan dilaksanakan membabitkan enam lebuh raya utama dan 25 jalan strategik di sekitar Lembah Klang bermula 23 Mei ini, sebagai persiapan menghadapi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang bakal berlangsung di ibu negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penutupan jalan akan bermula seawal pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam, dan operasi kawalan trafik akan digerakkan 30 minit sebelum setiap penutupan bermula bagi memastikan kelancaran perjalanan delegasi serta keselamatan awam.

"Lima laluan utama yang terlibat dalam penutupan dan lencongan ialah Laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Laluan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC); Laluan ke Istana Negara; dan Laluan ke hotel-hotel penginapan delegasi," katanya.

JSPT mengerahkan 789 pegawai trafik yang terdiri daripada 55 pegawai kanan dan 734 anggota polis rendah.

Daripada jumlah tersebut, 292 anggota adalah dari Kontinjen Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan petugas trafik di ibu negara seramai 497 orang.

Sebagai persiapan menyeluruh, JSPT turut menurunkan pelbagai aset logistik termasuk 36 motokar peronda (MPV), 313 motosikal besar, 190 motosikal kecil, serta alat komunikasi radio untuk koordinasi operasi.

Bagi menjamin tahap kesiapsiagaan yang tinggi, raptai (latihan) pergerakan konvoi akan diadakan pada 21 dan 22 Mei 2025, melibatkan semua laluan strategik di sekitar Lembah Klang.

JSPT turut memaklumkan bahawa 647 anggota bantuan dari seluruh negara telah melapor diri ke Kontinjen Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu, dan akan ditugaskan khusus bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik semasa berlangsungnya sidang kemuncak serantau itu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.