RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Jun 2025

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

KOTA TINGGI - Dua pelajar sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.35 petang melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dan kereta jenis Suzuki Swift.

"Siasatan awal mendapati kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita tempatan berusia 44 tahun dari arah Sedili menuju ke Tanjung Balau manakala motosikal jenis Honda EX5 5 ditunggang serta dibonceng dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 tahun dari arah bertentangan.

"Setibanya di tempat kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta tersebut.

"Dalam kemalangan itu penunggang dan pembonceng yang merupakan pelajar sekolah memengah cedera parah di kepala dan badan dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat kedua-dua remaja berkenaan, Muhammad Adam Haris Al’Hafiz Norezmalshah Jasne dan Mohamad Alif Fahimi R Azmi, kemudiannya dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan siasatan sementara pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 selain boleh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.