RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Jun 2025

BSH Lancar Dua Warna Baru Honda REBEL 2025 - RM33,899

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan ketibaan dua warna terbaru untuk Honda Rebel 2025. Warna-warna baru tersebut ialah Pearl Sugarcane Beige dan Matte Dim Grey Metallic.

Sebagai sebuah motosikal dengan gaya cruiser, kehadiran warna-warna baru ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi karakter dan personaliti pada jentera tersebut.

Honda Rebel menggunakan enjin 471cc dua silinder, dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa 45.6hp pada 8,500rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm. Penggunaan sistem suntikan bahan api PGM-FI menawarkan penggunaan petrol yang menjimatkan.

Kelengkapan lain seperti tangki bahan api 11.2 liter, lampu-lampu LED, panel meter digital, sistem Assist & Slipper Klac dan ABS dua saluran.

Honda Rebel 2025 sudah boleh didapati di semua pengedar Honda Big Wing atau pengedar Honda yang sah bermula 18hb Jun 2025. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM33,899. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.