RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Jun 2025

Pusat 4S Kawasaki Serdang Dirasmikan

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) merupakan pengedar utama jenama Kawasaki di Malaysia telah merasmikan pembukaan Flagship Store Kawasaki di Serdang, Selangor. Dengan pembukaan ruang pameran ini merupakan satu lagi tanda kejayaan buat MODENAS dan Kawasaki.

Kawasaki Serdang merupakan pusat sehenti 4S yang merangkumi empat aspek iaitu pusat jualan, alat ganti, perkhidmatan dan pameran. Kedai yang seluas 20,000 kaki persegi ini diuruskan oleh Serdang Motorcycle Sdn Bhd yang mempunyai ruang pameran luas, tempat istirehat buat para pelanggan serta lima lift motosikal dengan juruteknik bertauliah.

Tampil dengan ruangan dua tingkat, bahagian bawah lengkap dengan pameran model-model terkini Kawasaki, ruang perkhidmatan, barangan aksesori motosikal dan tempat servis motosikal. Manakala di bahagian atas pula merupakan tempat menjual keperluan barangan menunggang seperti jaket, kasut riding, topi keledar, glove dan macam-macam lagi.

Terletak di kawasan yang strategik, Kawasaki Serdang boleh diakses menerusi kawasan utama dalam Lembah Klang termasuklah Seri Kembangan, Putrajaya, Kajang dan Kuala Lumpur.

Kawasaki Serdang beralamat di Lot 2, Jalan 6/2. Kawasan Perusahaan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Pusat 4S ini dibuka hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi - 7.00 petang. Manakala hari Sabtu pula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.