RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Julai 2025

Art of Speed (AOS) Kembali.... Jangan lepaskan peluang hadirkan diri!

Acara tahunan terbesar Malaysia yang meraikan budaya Kustom dan Counter Culture kini kembali! Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) akan sekali lagi berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 26 Julai 2025 (10:00 pagi – 7:00 petang) dan 27 Julai 2025 (10:00 pagi – 7:00 petang). Ya...MAEPS memiliki ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi dan kawasan luar seluas 320 ekar yang mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung sepanjang hujung minggu!

Apa tarikan terbaru untuk AOS 2025?

AOS memperkenalkan World of Wheels (WOW) yang dibawakan oleh MotorTakaful.com — sebuah segmen istimewa iaitu Show & Shine di Hall A. Edisi kali ini, AOS akan membawakan studio fotografi kereta berkonsepkan sistem 'truss' di kawasan luar serta studio foto dalaman untuk segmen motosikal Show & Shine. Ini adalah untuk memberikan pengalaman fotografi berkualiti tinggi kepada para pemilik kenderaan.

AOS 2024.
AOS 2024.

Perarakan kelab kereta juga akan dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad di Boulevard utama.

AOS 2024.
AOS 2024.

AOS bakal menampilkan LIMA (5) kolaborasi baharu untuk tahun 2025!

  • Art of Speed x Hot Wheels Collection
  • Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut terbaharu
  • Art of Speed x High Cultured, jenama streetwear tempatan
  • Art of Speed x XOCKS
  • Art of Speed x MOONEYES – meraikan satu dekad kecemerlangan

Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM) memperkenalkan kereta edisi konvensyen “left & right” pertama di Asia Tenggara. Manakala di Dewan C akan menampilkan segmen baru iaitu Collectible Alley - lokasi pameran dan jualan diecast dan barangan koleksi kenangan.

Satu kolaborasi bersama negara jiran turut bakal berlangsung dengan kehadiran kereta dari sana menerusi program “BEETLE BATTLE” anjuran Volkswagen Beetle Club Indonesia. Acara yang diterajui oleh Denny Kusumah ini adalah sebagai pengenalan yang mengetengahkan semangat persahabatan antara Malaysia dan Indonesia.

The Car Club Gathering akan mengisi Laman Tiba dan kawasan parkir berhampiran Dewan A dan anda pastinya teruja melihat Gerbang Masuk ikonik AOS juga akan diberi nafas baharu tahun ini dengan penggunaan lampu-lampu LED berwarna warni.

Edisi ke-3 Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang akan berlangsung di Dewan C, yang akan menghimpunkan peminat Hot Wheels dari seluruh negara. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk Zon Aktivasi Hot Wheels, Pameran Rare & Koleksi Hot Wheels, Swap Buy & Sell, sesi perkongsian kolektor, dan Pertandingan Kustom Hot Wheels.

AOS 2024.
AOS 2024.

Sebagai acara kemuncak, AOS akan menganjurkan majlis makan malam rasmi untuk vendor HWCCM di BoraOmbak Marina, Putrajaya. Setiap tetamu akan menerima sepasang Kereta Konvensyen Hot Wheels Edisi Terhad (Kiri & Kanan), satu Kotak Pembentangan, satu Baju-T Acara, satu Pin Makan Malam HWCCM 2025, satu Beg Woven, satu Flask, dan dua Pas Hujung Minggu AOS 2025. Paling best....pereka Produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey, akan turut hadir sebagai tetamu khas.

'Show & Shine' akan kembali ke Dewan A dengan lebih banyak kereta dan motosikal, dari klasik hingga kontemporari, termasuk penyertaan antarabangsa dari negara luar. Pemenang “Best of Show” bagi kategori kereta dan motosikal masing-masing akan memenangi perjalanan ke The 33rd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2025.

Dengan kerjasama NoEqual.co, AOS 2025 membawakan Project Car Invitational Showcase, yang menampilkan pameran khas kereta-kereta ubah suai dan peribadi pilihan, merangkumi pelbagai genre termasuk jenama tempatan, Jepun dan Eropah.

Gaya hidup dan suasana Kulture Kartel di Dewan D untuk AOS 2025 dengan lebih banyak vendor menampilkan barangan vintaj, pakaian terpakai, fesyen dan streetwear. Tahun ini juga menyaksikan pertandingan B-Boy, Respect Culture South East Asia Qualification, di mana pemenang akan layak ke Respect Culture Taiwan World Finals.

Antara aktiviti tambahan:

  • Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter
  • Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.
  • Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania.
  • Medan Selera – Barisan vendor makanan dan trak makanan kekal di kawasan luar dewan!
  • Payung Kopi – Zon santai dengan kopi dan pastri, terletak berdekatan pintu masuk Dewan D.
  • Flea Market Automotif
  • Pelancaran produk atas pentas utama
  • Sampel makanan percuma oleh Corntoz Mamee
  • Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.
  • Moto4sale, platform komuniti untuk membeli, menjual dan menukar motosikal di bawah 500cc, secara langsung di AOS 2025.
  • Backdoor Soundsystem Collective – Kini ditempatkan di luar, bertentangan dengan Payung Kopi untuk menghiburkan pengunjung sepanjang hujung minggu.
  • Zon Uji Tunggang – Sertai sesi test ride daripada jenama hebat seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.