RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Julai 2025

HONDA ADV350 2025 Versi Naik Taraf Dilancarkan

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan versi naik taraf untuk model Honda ADV350 2025. Model ini menjadi pilihan ideal buat para penunggang yang inginkan keselesaan harian serta bercirikan off-road ringan.

Terdapat beberapa ciri yang dinaiktaraf iaitu untuk model tahun 2025 ini menggunakan meter jenis TFT 5-inci berwarna penuh. Menerusi paparan ini pengguna boleh menggunakan Honda RoadSynce untuk kawalan muzik, panggilan dan navigasi menerusi sambungan Bluetooth.

Selain itu, ruang simpanan bawah pelana 48 liter yang boleh memuatkan dua buah topi keledar dipasang dengan lampu untuk memudahkan pengguna melihat barang yang disimpan terutama pada waktu malam.

Untuk mewarkan lagi keselesaan buat penunggang, Honda ADV350 dipandankan dengan dua peneyrap hentak Showa berspring dengan sub-tank yang kini boleh dilaras pra-beban untuk kestabilan mengikut muatan dan permukaan jalan. Skuter ini juga turut disempurnakan dengan sistem autu-cancelling indicator di mana lampu isyarat akan mati secara automatik selepas penunggang membuat belokan.

Spesifikasi lain masih dikekalkan, skuter ini dijana dengan enjin 330cc satu silinder, SOHC, eSP+ dan sistem penyejuk cecair. Enjin CVT ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 28.8hp pada 7,500rpm manakala tork sekitar 31.8Nm pada 5,250rpm.

Antara kelengkapan lain seperti cermin penghadang angin boleh laran, fork USD, ABS dua saluran, soket USB Type-C, sistem kunci pintar, tangki bahan api 11.7 liter, tinggi pelana 795mm dan Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Honda ADV350 2025 berada di pusat Honda BigWing bermula pertengahan bulan Ogos 2025 pada harga asas RM33,999 (pendaftaran, cukai jalan dan insurans) bersama waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Terdapat tiga pilihan warna iaitu Moscato Red Metallic, Matte Pearl Agile Blue dan Matte Gun Powder Black Metallic. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.