RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Julai 2025

Edisi Ke-14 Art Of Speed Telah Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

Art Of Speed 2025 telah membuktikan statusnya sebagai acara automotif dan gaya hidup bukan sahaja terkenal di Malaysia malah seluruh dunia.  Edisi ke-14 yang telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) mengukuhkan lagi kedudukan AOS sebagai acara 'Kustom Kulture' terbesar di Malaysia yang berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam mahupun luar negara.

Acara yang telah dijalankan selama dua hari ini menampilkan pelbagai gabungan unik yang terdiri daripada modifikasi, pameran, kesenian, gaya hidup dan hiburan. AOS 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, sorakan dan tenaga yang menjadikan acara lengkap untuk seisi keluarga dan penggemar kustom dari pelbagai latar belakang.

Para peminat dunia motosikal dan kereta serta pengunjung turut berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, China dan Brunei. dalam acara ini yang memuatkan pelbagai jenis jentera dua dan empat roda yang kesemuanya mempunyai keunikan masing-masing.

Dewan A menempatkan barisan pengeluar motosikal, kenderaan kustom dan macam-macam lagi. Di Dewan C pula menjadi tumpuan buat penggemar-penggemar diecast Hot Wheels dan Dewan D lebih kepada gaya hidup serta komuniti.

AOS pada kali ini dinaik taraf secara besar-besaran di mana terdapat pintu gerbang ikonik yang tampil lebih garang dan moden dengan paparan LED bersama visual serta animasi dinamik. Sentuhan baru ini mencerminkan lagi AOS dengan penuh kreatifiti, budaya dan inovasi.

Persembahan "BEETLE BATTLE" diterajui oleh Denny Kusumah dari Volkswagen Beetle Club Indonesia menyaksikan pelbagai kehadiran kereta dari negara jiran. Bagi peminat Hot Wheels, acara Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) buat kali ke-3 kembali menggegarkan Dewan C dengan pelbagai aktiviti menarik. Suasana sepanjang dua hari meriah dengan terdapat Zon Aktiviti Hot Wheels, Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Swap Buy & Sell Hot Wheels, sesi perkongsian bersama kolektor, Pertandingan Custom Hot Wheels.

AOS turut mencipta sejarah dengan melancarkan pasangan kereta konvensyen pertama Asia Tenggara yang menghadap kiri dan kanan. Turut hadir iaitu pereka produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey bagi memeriahkan lagi acara.

Antara aktiviti lain yang ada seperti Santai Scooterist,, Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik, Roda Rumble 2025, Medan selera, Payung Kopi - Zon santai berdekatan pintu masuk Dewan D, menawarkan kopi dan pastri, Pasar lambak untuk barangan automotif, Pelancaran produk, Sesi percubaan makanan ringan percuma oleh Corntoz Mamee, Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D,  Moto4sale - platform komuniti untuk membeli, menjual, dan berdagang motosikal di bawah 500cc, Backdoor SoundSystem Collective serta Zon Uji Tunggang pelbagai jenis motosikal seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi.

Muzik merupakan elemen penting dalam penganjuran Art of Speed pada tahun ini. SoundCircus hadir dengan sentuhan segar di Dewan A. Antara artis yang membuat persembahan di atas pentas ialah Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem dan Mai Tummada.

Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang Best Of Show - Kereta, Shaun Pinto.
Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang Best Of Show - Kereta, Shaun Pinto.
Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang Best Of Show - Motosikal, Omar Jumiran.
Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang Best Of Show - Motosikal, Omar Jumiran.

Pemenang-pemenang begai Best Of Show bagi kategori kereta dan motosikal berpeluang untuk mengikuti pakej perjalanan ke MOONEYES Yokohama Hot Rod yang masuk ke tahun 33. Tahniah buat pemenang untuk Best Of Show Kereta iaitu Shaun Pinto manakala Best Of Show motosikal pula menjadi milik Omar Jumiran.

Art Of Speed bukan sekadar pameran automotif tetapi satu gerakan budaya yang terus memacu dunia automotif tempatan ke peringkat global. Jika tahun ini sudah meriah, penganjuran untuk tahun 2026 sudah pasti lebih besar... lebih meriah... dan lebih padat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.