RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Ogos 2025

Pemandu Langgar 3 Penunggang Motosikal, Serang Dengan Pisau Telah Ditahan Polis

Kajang: Polis menahan wanita warga asing yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 11.58 pagi itu, enam individu cedera diserang wanita berusia 24 tahun berkenaan secara tiba-tiba.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tindakan agresif suspek di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran pusat beli-belah.

Menurutnya, selepas melanggar penunggang motosikal, suspek keluar daripada kenderaan dan menyerang orang awam yang berada berhampiran dengan bersenjatakan pisau di tangannya.

"Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, tiga motosikal yang terbabit dalam kejadian mengalami kerosakan akibat dilanggar.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Katanya, susulan penahanan itu, permohonan reman terhadapnya akan dilakukan esok untuk siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 bagi membantu siasatan," katanya.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Terdahulu, rakaman video memaparkan seorang wanita keluar dari kenderaannya dengan memegang pisau selepas terbabit kemalangan, tular di media sosial.

Turut kelihatan beberapa individu termasuk ada penunggang motosikal cedera dan cubaan orang ramai menahan wanita terbabit. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.