RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Ogos 2025

Mforce SmartShop Banting Telah Dibuka Secara Rasmi

Mforce Bike Holding Sdn Bhd telah menambah lagi rangkaian Mforce Smartshop di Malaysia menerusi pembukaan kedai terbaru oleh W H S Motor Sdn Bhd di Banting, Selangor. Pelancaran ruang pameran ini sekaligus menjadikan Mforce SmartShop ke-18 di Malaysia dan kelima di negeri Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh dua orang Pengarah W H S Motor Sdn Bhd iaitu En. Yeo Huat Hing dan Yeo Ah Wah yang turut ditemani COO Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad bersama Pengurus Kanan Jualan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Tang Hai Teik. 

Mforce SmartShop Banting ini diuruskan oleh W H S Motor Sdn Bhd yang menampilkan ruang pemeran dengan barisan model-model keluaran Mforce di bawah satu bumbung lengkap sistem penghawa dingin untuk keselesaan para pelanggan.

Kedai ini juga turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti tulen dan ruangan servis dengan dua lif motosikal untuk memudahkan proses penyelengaraan motosikal oleh para mekanik berpengalaman.

Mforce SmartShop Banting oleh W H S Motor Sdn Bhd terletak di alamat No. 01 & 93, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting, Selangor. Ruang pameran ini dibuka pada hari Isnin hingga Ahad jam 9.00am hingga 6.00pm. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700