RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Ogos 2025

Menjelang Program RXZ Members 2025: Semua peserta diminta patuhi undang-undang.

Program RXZ Members 7.0 2025 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ya..sememangnya program ini semakin popular dari tahun ke tahun dengan jumlah kehadiran yang mencecah puluhan ribu. Tahniah buat pihak penganjur yang bukan sahaja bersusah payah menyempurnakan program ini tetapi berjaya membuka mata banyak pihak mengenai dunia permotoran khususnya.

Kredit foto: RXZ Members Official.
Kredit foto: RXZ Members Official.
Kredit foto: RXZ Members Official.
Kredit foto: RXZ Members Official.

Ianya dibuktikan dengan penglibatan banyak syarikat ternama dalam penganjuran kali ini antaranya Fokiyoks sebagai penaja utama, PETRONAS Sprinta, Air Asia yang menaja tiket penerbangan ke Jepun, Korea & Rantau Asia (Acara Cabutan Bertuah), Ikhlas.com menaja pakej umrah, Etiqa Takaful dengan pakej insurans dan banyak lagi. Terkini, pihak kerajaan turut menyalurkan peruntukan awal bernilai RM100,000 kepada para peserta sebagai tanda komitmen dan menjayakan program tersebut.

Gambar hiasan: Program RXZ Members sebelum ini.
Gambar hiasan: Program RXZ Members sebelum ini.

Namun begitu, keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya adalah yang paling utama memandangkan ribuan peminat motosikal akan bermotosikal dan bermotor menuju ke destinasi. Sehubungan itu, pihak penganjur telah mendapat kerjasama penuh daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) demi menjayakan RXZ Members 7.0 ini.

Kredit foto: RXZ Members Official.
Kredit foto: RXZ Members Official.

Dalam kenyataan media yang dikongsikan di laman Facebook Polis Terengganu, pihak PDRM komited untuk membantu serta mempermudahkan kehadiran para peserta ke program yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Ogos nanti. PDRM Terengganu juga menegaskan tiada sebarang operasi atau tindakan 'Menahan Pukat' seperti yang gembar gemburkan sebelum ini.

Namun begitu, PDRM tetap mengingatkan semua peserta RXZ Members 7.0 2025 agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya seperti mana yang telah ditetapkan demi keselamatan semua pihak. Menurut laporan yang dikongsikan oleh http://www.sinarharian.com.my,  Polis Terengganu akn mengerah kira-kira 600 anggota bagi mengawal program tersebut tahun ini.

Sdr. Faiza Ali atau Jaspark (salah seorang organiser), turut menegaskan agar semua peserta yang akan hadir ke Kuala Terengganu pada hujung minggu ini untuk menunggang dengan berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.