RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Ogos 2025

Pemandu van sekolah ambil & turunkan pelajar secara berbahaya telah ditahan polis

Walaupun berita ini tiada kaitan dengan dunia motosikal, RR tetap ingin paparkan memandangkan ramai di antara kita yang mempunyai anak di sekolah dan mengambil perkhidmatan mengambil/menghantar anak-anak ke sekolah.

Polis telah menahan seorang pemandu van selepas tular rakaman video memaparkan kenderaannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan bergerak sehingga membahayakan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi singkat itu dikesan tular di akaun Facebook Malaysia Baru New semalam sekitar pukul 5.43 petang.

“Hasil semakan mendapati van berkenaan dalam keadaan bergerak ketika menurunkan serta mengambil dua pelajar sekolah. Tindakan itu bukan sahaja mengundang risiko terhadap keselamatan pelajar, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan serta menahan pemandu van tersebut iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Naazron turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.