RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Ogos 2025

Bengkel Kereta Terbakar, Lebih 40 Buah Kenderaan Termasuk Motosikal Musnah

SHAH ALAM - Lebih 40 buah kenderaan termasuk tujuh motosikal telah musnah dalam sartu insiden kebakaran di sebuah bengkel di Seksyen 24 di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dalam kejadian tersebut seorang lelaki tempatan berusia 30-an iaitu pekerja bengkel dilaporkan telah cedera ringan.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.31 malam, dan seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh dua kilometer.

"Kita tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Dianggarkan premis berkenaan terbakar 90 peratus melibatkan struktur bangunan, 37 buah kereta berlainan jenis serta tujuh buah motosikal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa berada dalam premis ketika kebakaran dan hanya seorang pekerja bengkel melecur di tangan kerana cuba mengalihkan kenderaan.

"Lelaki itu telah diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke hospital oleh keluarga serta dilaporkan stabil.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada jam 2.31 pagi tadi (Isnin),” katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.