RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2025

Pereka Brazil Raih Juara Pertandingan Kustom Triumph Originals 2025

Triumph Motorcycles telah mengumumkan pasukan dari Brazil, Teydi Deguchi (Shibuya Garage) sebagai Juara Global pertandingan 'Triumph Originals 2025'. Pertandingan kustom klasik moden tersebut berdasarkan barisan model Triumph Bonneville semasa dan emilihan pemenang telah diadili oleh undian juri awam dan panel juri-juri profesional.

Pasukan Brazil diwakili oleh Shibuya Garage dari Sao Paulo telah menghasilkan 'Gaijin', sebuah jentera 'cafe racer' yang dihasil berasaskan Speed Twin 1200. Cafe Racer unik ini direka dengan konsep warna gelap dan misteri. Ciri utama rekaan ini terdiri daripada Tekstur 'Scallop' halus pada bahagian luaran badan dan terdapat juga rekaan lekukan pada bahagian tangki yang dibentuk dengan unik.

Bahagian belakang pula berbentuk tajam, untuk memberi kesan visual 'jiwa kelajuan' yang dapat dilihat walaupun jentera ini berada dalam keadaan statik. Pada bahagian tangki ini juga ditampilkan peta Brazil untuk memberi penghormatan kepada Ayrton Senna yang mencerminkan kebanggaan dan inovasi negara mereka, Brazil.

Sekitar 90% proses pengubahsuaian model ini dilakukan dengan tangan - 'hand made' yang tampak asli dan penuh jiwa. Inilah yang dicari-cari oleh para pengadil profesional. Fork hadapan dan penyerap hentak di belakang telah direndahkan - ini adalah untuk posisi tunggangan yang sporty dan dinamik. 

Pihak juri turut berpuas hati dengan pemilihan juara kali ini walaupun saingan cukup sengit. Juri menyifatkan jentera ini sebagai 'Yang Paling Asli' dan eksklusif, dengan rekaan bahagian depan yang 'berotot' dan garang. Para juri turut menyifatkan model ini membuktikan ketekunan, perincian dan kualiti tukangan yang sangat tinggi.

Pasukan Brazil turut memenangi kategori 'Mark of Excellence for Craftsmanship' menerusi penghakiman Kengo Kimura yang merupakan pengasas Heiwa Motorcycle di Jepun. "Perincian dibuat dengan sangat halus dan teratur. Ia adalah sebuah motosikal yang penuh dengan idea yang bernas dan kreatif."

Pasukan dari UK menerima anugerah 'Mark of Excellence for British Originality' yang diberikan oleh Juri Ricardo Pessoa. Beliau merupakan Pengasas & Pengrah Kreatif Coolnvintage yang beroperasi di Portugal.

Anugerah 'Mark of Excellence for British Originality' pula menjadi milik pasukan dari United Kingdom yang menghasilkan Stockwell Design - Bonneville Sunraiser menggunakan model T100 yang memiliki 'semangat' jentera cafe racer British era 1960-an.

Rekaan dari Itali.
Rekaan dari Itali.
Hasil kerja keras pasukan Thailand.
Hasil kerja keras pasukan Thailand.

Pasukan Itali yang diwakili oleh South Garage Motor Co telah memenangi anugerah 'Mark of Excellence for Style'. Menurut juri Quique Berna, "Model ini mencerminkan keseimbangan sempurna intipati, rekabentuk dan karaktor sempurna.

Pertandingan 'Triumph Originals 2025' ini telah disertai lapan buah negara terdiri daripada UK, Amerika Syarikat, Canada, Mexico, Perancis. Itali dan Thailand. Lima finalis terpilih ialah dari Brazil, Perancis, Itali, Thailand dan UK selepas penilaian panel juri terhadap kriteria utama seperti Gaya Ikonik, British Originality, hasil tukangan dan kreativiti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia