RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 September 2025

Tambahan Dua Warna Baharu HONDA BeAT, Hitam & Putih!

Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan penambahan dua pilihan warna baharu untuk skuter Honn BeAT iaitu Hitam dan Putih. Perkenalan warna-warna baharu ini melengkapkan lagi pilihan sedia ada seperti Matte Silver dan Hijau yang masih dipasarkan.

Model dengan warna baharu ini berada di semua pengedar sah Impian X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bernula 20hb September 2025. Honda BeAt ditawarkan pada harga asas bermula RM6,090 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran)

Skuter Honda ini dijana enjin 110cc Enhanced Smart Power (eSP) yang menghasilkan kuasa maksimum 6.5 kW pada 7,500 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm. Model ini juga turut diitiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api sekitar 1.7 liter bago setiap 100 kilometer.

Dari segi keselamatan, jenetra ini dipadankan Combined Brake System (CBS) yang mengaktifkan brek depan dan belakang serentak bagi kawalan lebih seimbang. Tambahan pula, Honda BeAT turut menerima penarafan 3 bintang MyMAP, memberikan keyakinan tambahan kepada penunggang.

Kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, ruang simpanan bawah pelana 12 liter, penyangkut barangan, brek parking, berat 88kg, tinggi pelana 742mm dan tangki bahan api 4.2 liter. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.