RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Oktober 2025

Penunggang Motosikal Boleh Menarik Nafas Lega, Motosikal Bawah 150cc Dikecualikan SST

Berdasarkan berita yang dikongsikan di laman sesawang http://http://www.enanyang.my baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM), Datuk Wee Hong telah mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk mengecualikan motosikal di bawah 150cc daripada dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ini pastinya memberi kelegaan buat para penunggang motosikal di seluruh negara.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan berharap pengecualian ini dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang memandangkan bagi kumpulan B40, motosikal ini (bawah 150cc) bukan sahaja digunakan sebagai alat pengangkutan semata-mata tetapi juga sebagai kegunaan untuk mencari rezeki dan seharusnya terus menikmati manfaat cukai.

Beliau turut menyebut bahawa pada tahun 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pengilang Automobil (FAM) susulan aduan pengguna yang tidak dapat membeli kereta terus serta 'dipaksa' membayar secara ansuran. Pada masa itu, kenaikan harga kereta terutamanya disebabkan pandemik yang menjejaskan pengeluaran dan bekalan, melambatkan penghantaran dan pengguna bergegas ketika itu membeli model-model popular. Sejak pandemik reda, pasaran telah kembali normal.

Untuk kepastian, RR sempat menebual Datuk Wee Hong di majlis pelancaran model terbaru daripada SYM dan WMOTO semalam dan beliau menegaskan tujuan MASAAM adalah untuk memudahkan para pengguna motosikal di seluruh negara yang rata-ratanya menggunakan motosikal untuk pelbagai tujuan. Jika cukai SST dikenakan, sudah pasti kenaikan harga motosikal akan naik dan ia akan menyusahkan rakyat khususnya pengguna motosikal. Dengan pengecualian cukai ini, harga motosikal kembali stabil dan ini sudah pasti memberikan kelegaan buat semua.

Beliau menyatakan pendirian persatuan adalah - harga motosikal seharusnya ditentukan oleh penawaran dan permintaan pasaran. Penetapan harga penyeluruh oleh pihak berkuasa bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah tetapi boleh melemahkan daya saing industri dengan menyekat operasi perniagaan. Dengan mekanisma pasaran yang rasional, barulah semua pihak dalam rantaian industri dan pengguna dapat memperoleh manfaat.

Statistik terkini:

Menurut data bulanan, pendaftaran dari Februari hingga Ogos 2025 menunjukkan jumlah pasaran yang meningkat, kecuali Januari. Tahun lalu, jumlah keseluruhan pendaftaran ialah 655,837 unit dan berdasarkan trend semasa, angka untuk tahun ini dijangka melebihi 700,000 unit.

Walaupun ketidakpastian ekonomi global berikutan ketegangan antara China dan Amerika Syarikat, serta ramalan ekonomi domestik yang menurun, jualan motosikal terus berkembang. Ini menandakan potensi pasaran yang kukuh, daya tahan industri dan permintaan yang stabil. RR

sumber:

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.