RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Oktober 2025

AVETA Elite Centre Pertama di Sabah

AVETA Malaysia perkukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia Timur dengan melancakran pusat Flagship iaitu Aveta Elite Centre yang pertama di Sabah. Pelancaran rasmi ini dikendalikan oleh pengedar sah AVETA di Sabah, SMART BIKE SDN. BHD., sekali gus menjadi titik tolak kepada misi AVETA untuk menjadi jenama motosikal nombor satu di Borneo.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Datuk Dexter Lau, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah, selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan AVETA Malaysia; Encik Hon, Pengurus Besar Jualan Kanan AVETA Malaysia; serta barisan pengurusan kanan SMART BIKE – Joe Hung (Pengarah Urusan), Jordan Chang (Pengarah), dan Mohd. Din (Pengurus Jualan Kanan).

Pusat Elite AVETA seluas 2,500 kaki persegi ini dilengkapi dengan ruang rehat pelanggan, bilik hiburan, dan kawasan pameran khas untuk motosikal serta barangan rasmi AVETA. Ia turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan menyeluruh, termasuk servis, alat ganti, dan akses kepada model eksklusif — menjadikannya pusat rujukan utama jenama ini.

Pusat ini menampilkan seluruh rangkaian motosikal AVETA, termasuk model-model istimewa yang hanya boleh didapati di pusat flagship seperti ini. Pasukan penasihat yang terlatih sedia membantu setiap pelanggan mendapatkan pengalaman pemilikan motosikal yang premium dan menyenangkan.

Antara detik paling dinanti — kemunculan sulung Ranger Max Explorer Edisi Khas dalam warna Neon Green, buat pertama kali di Malaysia! Model ini mencuri perhatian dengan reka bentuk agresif dan warna yang mencolok, sesuai dengan gaya hidup penunggang moden.

Tetamu turut diraikan dengan cabutan bertuah, di mana 31 pemenang bertuah membawa pulang t-shirt dan topi keledar eksklusif AVETA, serta promosi diskaun 20% ke atas barangan riding gear AVETA — khas pada hari pelancaran sahaja.

Ditubuhkan pada 2015, SMART BIKE telah mencipta nama sebagai pemain utama dalam industri motosikal Sabah. Dengan rekod jualan lebih 3,000 unit setahun, dan pendapatan cemerlang RM39.5 juta pada 2024, syarikat ini turut mendapat lima anugerah Pengedar Jualan Terbaik AEON dan dua anugerah Pengedar Cemerlang AEON.

Pelancaran Pusat Elite ini menandakan permulaan bab baharu dalam perjalanan AVETA ke arah pertumbuhan, inovasi, dan kecemerlangan. AVETA juga merancang untuk memperluaskan rangkaian Pusat Elite ke seluruh negara, memperkukuh sokongan tempatan, meningkatkan perkhidmatan selepas jualan, dan memastikan setiap penunggang merasai keyakinan disokong oleh jenama yang benar-benar mendengar keperluan mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.