RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Oktober 2025

Mforce Best Shop Johor Bahru Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah merasmikan pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru, yang dikendalikan oleh Meng Soon Auto Sdn Bhd, sekali gus memperluaskan lagi rangkaian pengedaran rasmi jenama motosikal di bawah Mforce di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Terletak di No. 68 & 70, Jalan Sagu 8, Taman Daya, Johor Bahru, pusat sehenti ini menjadi Mforce Best Shop di Johor Bahru yang menawarkan pengalaman jualan dan perkhidmatan serba lengkap kepada pelanggan, termasuk jualan motosikal baharu, penyelengaraan motosikal serta alat ganti dan aksesori tulen untuk pelbagai jenama di bawah Mforce seperti SYM, Benelli, CFMOTO, Keeway, Morbidelli, Benda, QJMOTOR, SM Sport, WMOTO, Brixton, Moto Morini, Cyclone, Voge dan Ariic.

Meng Soon Auto Sdn Bhd telah beroperasi sejak tahun 1993 dan dikenali sebagai antara pengedar berpenggalaman lebih dari 30 tahun dalam industri motosikal. Pembukaan cawangan Best Shop ini amat memberi manfaat kepada komuniti setempat terutama pemilik motosikal dari Mforce di kawasan Johor Bahru dan yang berdekatan.

Dengan pelancaran Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd, Mforce terus memperkukuh komitmennya untuk menyediakan rangkaian sokongan jualan dan selepas jualan yang menyeluruh, selaras dengan visinya untuk menjadi jenama motosikal pilihan utama di Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.