RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Oktober 2025

BSH Perkenalkan Program Waranti Lanjutan 'Honda X-tend' Untuk Motosikal Honda

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) perkenalkan Program Jaminan Waranti Lanjutan Baharu 'Honda X-tend' khas untuk pemilik motosikal Honda di seluruh Malaysia dengan kerjasama AEON Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd. (“AEON Insurance Brokers”) dan Allianz General Insurance Company (M) Berhad (“Allianz”).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen BSH untyk memberikan perlindungan berterusan kepada pelanggannya walaupun motosikal milik mereka telah tamat tem[poh jaminan waranti standard.

Majlis pelancaran rasmi diserikan dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Ibu Pejabat BSH di Batu Kawan, Pulau Pinang. Melalui Honda X-tend, pelanggan akan menikmati waranti tambahan selama setahun atas perlidungan jaminan standard dua tahun dan perlindungan tanpa had jarak perbatuan di mana pemilik boleh menunggang motosikal sejauh mana tanpa perlu risau tentang had penggunaan.

Selain itu, program ini meliputi komponen penting seperti enjin, brek, dan kotak gear, dengan faedah tuntutan sehingga RM20,000 setahun. Program Honda X-tend kini tersedia untuk semua pendaftaran motosikal Honda baharu, dan boleh dibeli dengan mudah di mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara.

Sempena dengan pelancaran program ini, pihak BSH turut menawarkan jaminan tambahan percuma 1 tahun khas untuk pemilik RS-X dan RS-X Winner, menjadikan jumlah perlindungan selama 3 tahun (2+1 tahun). Tawaran ini sah dari 17 Oktober hingga 31 Disember 2025 bagi setiap pembelian model tersebut di bawah Program Honda X-tend.

Pelancaran Honda X-tend ini mengukuhkan lagi komitmen Boon Siew Honda dalam mempertingkatkan penjagaan pelanggan serta menyampaikan Joy of Ownership kepada semua penunggang Honda di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.