RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Oktober 2025

Convoy Ride MotoGP 2025: Ride Padu, Semangat Luar Biasa!

Bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang diadakan di Malaysia, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdnb Bhd (PLMM) menerusi jenama PETRONAS Sprinta telah menganjurkan acara yang sememangnya ditunggu-tunggu, apa lagi kalau bukan “Convoy Ride MotoGP”

PETRONAS Cyberjaya jadi lokasi 'pana's dengan kehadiran lebih daripada 300 peserta untuk acara kali ini. Dari jentera besar macam superbike dan Harley, skuter maksi sampailah ke model moped, semuanya bersatu atas satu semangat: sokong pelumba Malaysia di MotoGP!

Menurut pihak penganjur, acara ini bertujuan untuk mempromosikan minyak pelincir PETRONAS Sprinta serta memperkukuhkan hubungan di antara PLMM dengabn komuniti motosikal. Dania Garage yang merupakan bengkel rasmi PETRONAS Sprinta dan PETRONAS MotoExpert tuurut menjadi rakan strategik konvoi untuk tahun kedua berturut-turut.

Hadir memeriahkan acara pada hari tersebut ialah CEO PLMM, En. ZameerZahur Hussain berkata, “Usaha kami selama lebih setahun mendekati para peminat dua roda dalam pelbagai acara permotoran dilihat membuahkan hasil dengan jenama dan jualan PETRONAS Sprinta meningkat dari hari ke hari. Kami akan terus berusahadengan pendekatan ini dan mengalu-alukan sebarang maklum balas dari pengguna dan rakan jualan.”

Sebelum enjin mula berdesup, peserta sempat isi tenaga dengan sarapan yang disediakan. Sambil menikmati sarapan, para peserta mengambil peluang untuk berbual, tambah kenalan baru, dan berposing untuk gambar kenangan. Bila jam tunjuk 9.30 pagi, konvoi pun dilepaskan menuju ke Litar Antarabangsa Sepang dengan bantuan para krew marshal dan pihak polis trafik yang memang tip-top mengawal laluan.

Sepanjang jalan ke Sepang, walaupun ada jem ringan di beberapa lokasi, semua rider kekal berdisiplin. Marshal pun memang steady walaupun bawa Harley besar, tetap mantap urus barisan dan jaga keselamatan peserta. Tabik spring untuk korang!

Sampai di SIC, suasana memang meriah. Tempat parking khas disediakan, jadi semua motor tersusun kemas, senang untuk semua parking dan lepak sama-sama sebelum masuk tengok perlumbaan.

Para peserta dibawa berkunjung ke PETRONAS Oasis dan 'Mall Area' sebelum ke ruangan menonton Main Granstand. Tapi yang paling epik, semangat semua rider bila masuk litar untuk sokong pelumba Malaysia, Zulhelmi & Azroy! Sorakan padu bergema, bendera Malaysia berkibar, dan rasa bangga tu memang tak boleh digambarkan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, konvoi anjuran pihak PETRONASSprinta bukan sekadar ride biasa tetapi simbol semangat, persahabatan, dan sokongan padu buat pelumba tempatan. Terima kasih PETRONAS, marshal, polis trafik, dan semua peserta yang buat hari ni jadi kenangan paling bermakna. Sampai jumpa di ride seterusnya! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.