RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 November 2025

Yamaha Meriahkan MotoGP Malaysia Dengan Tema ‘REVS OF THE RISING WIND’

Bersempena dengan pusingan perlumbaan MotoGP Malaysia 2025 di litar Antarabangsa PETRONAS Sepang,Yamaha Motor Malaysia kembali memeriahkan pentas MotoGP Malaysia dengan semangat baharu menerusi tema pada tahun ini ‘Revs of the Rising Wind’. Tema ini mencerminkan DNA Yamaha sebagai peneraju inovasi dunia permotoran, pembawa budaya tersendiri dan pencetus gaya hidup moden yang penuh tenaga.

Untuk tahun ini, konsep ruang pameran Yamaha diinspirasikan suasana ikonik Akihabara di Jepun — pusat budaya pop, anime dan teknologi yang sentiasa hidup dengan trend terkini. Dikenali sebagai ‘Yama-bara’, booth ini menggambarkan semangat Yamaha yang sentiasa dinamik, berani berubah dan mendahului arus inovasi. Yamaha bukan sekadar pengeluar motosikal, tetapi simbol kebebasan, ekspresi dan gaya hidup moden.

Selain itu, Yamaha turut mempersembahkan model siri R seperti M1, R1, R7 dan R25 yang dihiasi dengan sentihan anime oleh hasil tangan artis tempatan. Pengunjung juga dapat menyaksikan sesi live art painting secara langsung pada model R25.

Antara aktiviti lain yang ada seperti Café, DDR Dance, Mocaha Battle, Taiko Challenge dan Touge Battle disediakan untuk mencipta suasana ceria dan interaktif.

Bagi pihak Yamaha, motosikal bukan sekadar enjin dan kelajuan. Ia merupakan sebuah medium untuk berkarya, berimaginasi dan mengekspresikan diri. Itulah semangat sebenar Yamaha ‘Revs of the Rising Wind’. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.