RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 November 2025

Kempen ‘GAYA POP’ Blind Box Yamaha X MPL: Kumpul Figura Eksklusif, Menangi Hadiah Menarik!

Yamaha Motor Malaysia melancarkan kempen terbaharu "GAYA POP" Blind Box, menampilkan lima figura unik watak Brody yang diinspirasikan daripada kerjasama antara Yamaha dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY). Kempen ini bukan sekadar memperkenalkan barangan kolektor, tetapi meraikan gaya hidup moden, kreativiti, dan semangat komuniti peminat Yamaha serta arena e-sukan tempatan.

Kotak Hadiah Edisi Terhad yang mengandungi figura eksklusif Brody NVX & kad hologram khas Yamaha x MPL
Kotak Hadiah Edisi Terhad yang mengandungi figura eksklusif Brody NVX & kad hologram khas Yamaha x MPL

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia, Yamaha turut memperkenalkan Figura Edisi Khas NVX, hanya boleh dimiliki oleh 1,000 pemilik terawal Yamaha NVX 155 Edisi SP yang berjaya mendaftarkan motosikal mereka melalui aplikasi GenBlu Rewards. Pemilik yang berjaya mendaftar akan menerima Kotak Hadiah Edisi Terhad yang mengandungi figura eksklusif Brody NVX bersama kad hologram khas Yamaha x MPL. Koleksi edisi khas ini terhad kepada 1,000 unit sahaja dan diberikan berdasarkan "Siapa Cepat, Dia Dapat", selagi stok masih ada. Hadiah tersebut akan dipos terus kepada penerima selepas pengesahan pendaftaran.

Selain itu, bagi penggemar figura dan pengumpul tegar, empat lagi figura  Brody dalam siri 'GAYA POP' boleh dimiliki secara percuma melalui program penebusan mata Genblu Rewards (GBR) di pengedar sah Yamaha terpilih di seluruh negara bermula 1 November 2025. Pelanggan yang membuat 'top-up' minimum RM80 di kedai pengedar sah Yamaha akan menerima 2.5x mata bonus -bersamaan 200 mata GBR dan Satu blind Box Figure 'GAYA POP' secara automatik, selagi stok masih ada. Senarai pengedar sah yang meneyrtai kempen ini boleh rujuk link tersebut: https://www.yamaha-motor.com.my/yamaha-gaya-pop-blind-box-figurine/.

 Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad 'Yamaha x MPL'.
Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad 'Yamaha x MPL'.

Satu lagi berita menarik, setiap 200 mata GBR, pelanggan boleh menebus satu penyertaan Cabutan Bertuah Utama untuk berpeluang memenangi motosikal Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad 'Yamaha x MPL'. Untuk makluman, penyertaan ini tiada had, pelanggan boleh menebus seberapa banyak peluang yang diinginkan. Pemenang bertuah akan diumumkan semasa acara MPL MY Season 16 Grand Finals, pada 16 November 2025.

Sebagai tambahan, pihak Yamaha turut menyediakan Hadiah Kolektor Utama kepada mereka yang berjaya melengkapkan kelima-lima figura Brody bertemakan ‘Yamaha x MPL’. Tiga pemenang pertama bakal menerima wang tunai sebanyak RM3,000 setiap seorang bersama kotak pameran kolektor edisi khas. Untuk tujuh pemenang yang lain (tempat keempat hingga sepuluh) akan menerima kotak pameran kolektor eksklusif sebagai ganjaran. Semua penyertaan dan hadiah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Muat turun aplikasi Genblu Rewards hari ini dan sertai kempen ‘GAYA POP’ Blind Box sementara stok masih ada. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.