Yamaha Y15ZR 2025 Hadir Dengan Tiga Warna Baharu - RM8,998.00

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu untuk Yamaha Y15ZR. Warna-warna tersebut adalah Blue Spark, Aqua Violet, dan Mecha Green.


Walaubagaimanapun, model popular dalam segmen moped ini masih mengekalkan rekabentuk, ciri dan spesifikasi enjin yang sama seperti model sebelum ini.

Yamaha Y15ZR kekal dengan rekabentuk badan yang aerodinamik serta gaya lampu utama jenis LED dengan lampu DRL. Meter digital pelbagai fungsi memaparkan maklumat penting dengan jelas, manakala tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter.


Bahagian enjin kekal sama iaitu enjin 149.7cc satu silinder, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin ini mmapu menghasilkan kuasa 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm. Ciri-ciri lain seperti transmisi 5-kelajuan, brek-brek cakera, fork hadapan jenis teleskopik, sistem penyerap hentak monoshock di belakang, tinggi pelana 780mm dan berat 117kg.


Yamaha Y15ZR 2025 dengan warna baharu ini berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 6 November 2025, dengan harga jualan disyorkan RM8,998.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).


Sebagai tambahan, setiap pembelian Yamaha Y15ZR turut disertakan kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR



















