RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 November 2025

Aveta Perkenalkan Warna Baharu Untuk Vanguard 250 SE

Aveta Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama motosikal tempatan terkemuka dengan memperkenalkan warna baharu Vanguard 250 SE. Perkenalan warna baharu iaitu Twilight Blue sekaligus menyertai rangkaian warna sedia ada bagi varian SE iaitu Majestic Green dan Titanium Grey.

En. Su, Pengurus Besar TARO, menyampaikan anugerah Rakan Jualan Utama Global kepada En. Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia. Berdiri di belakang mereka ialah En. Jack Zhang, Pengasas TARO, dan En. Max Ang, Pengerusi Kumpulan Aveta Malaysia.
En. Su, Pengurus Besar TARO, menyampaikan anugerah Rakan Jualan Utama Global kepada En. Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia. Berdiri di belakang mereka ialah En. Jack Zhang, Pengasas TARO, dan En. Max Ang, Pengerusi Kumpulan Aveta Malaysia.

Kemunculan warna Twilight Blue dengan kemasan metalik seiring dengan pengiktirafan yang diterima Aveta daripada TARO baru-baru ini di mana model Vanguard 250 dinobatkan sebagai jentera berprestasi jualan terbaik di peringkat global. Pencapaian ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran penting dalam rangkaian antarabangsa TARO.

Menurut pihak Aveta, warna baharu pada jentera ini diinspirasikan daripada perubahan warna langit pada waktu senja.Twilight Blue menampilkan kemasan berlapis yang membolehkan warnanya berubah mengikut sudut pandangan. Peralihan lembut antara warna ungu, biru dan hijau memberikan karakter visual yang unik serta menaikkan imej premium model tersebut.

Skuter  ini didatangkan dengan enjin 244cc, SOHC, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa 24.8hp pada 8,500rpm dan tork 22.5Nm pada 6,500rpm. Antara ciri menarik yang ada pada jentera ini iaitu meter TFT, sistem ABS dua saluran, Traction Control, sistem TPMS dan kamera Dashcam.

Dari segi harga untuk perkenalan warna baharu ini kekal yang sama seperti varian SE sedia ada iaitu pada harga asas RM16,388. Pihak Aveta turut maklumkan bahawa model Vanguard 250 standard tidak lagi ditawarkan untuk pasaran negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia