RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 November 2025

Yamaha Automatic World Roadshow di Terengganu

Kuala Terengganu menjadi tempat tumpuan para peminat motosikal automatik apabila Hong Leong Yamaha Motor menganjurkan Yamaha Automatic World Roadshow 2025 bermula 27hb hingga 29hb November 2025 dari jam 10.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Mayang Mall.

Roadshow ini hanya mengfokuskan rangkaian model-model automatuik Yamaha denagn menampilkan beberapa model popular seperti Yamaha NVX 155, NMAX 155, Ego Avantis, Ego Gear Pro, XMAX 250 dan TMAX 560. Tidak hanya model standard, para pengujung juga berpeluang melihat versi motosikal yang telah diubahsuai dan lengkap pelbagai aksesori tambahan.

Pada masa yang sama, pihak HLYM juga memperkenalkan skuter Hybrid Yamaha pertama untuk pasaran negara iaitu Ego Gear Pro. Harga asas bermula RM6,198.

Antara aktiviti menarik yang disediakan untuk pengujung antaranya sudut Cabaran Pro "Berapa Rendah Boleh Cecah" dengan menggunakan Yamaha NVX, sesi tunggang uji model-model skuter Yamaha dan jualan barangan merchandise Eksklusif. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh mencuba permainan Gerbang Angin dan berpeluang menang hadiah misteri. 

Melalui Yamaha Automatic World Roadshow ini bukan sahaja sekadar pameran motosikal tetapi untuk menawarkan pengalaman interaktif yang menggabungkan teknologi, keseronokan dan peluang mendekati dunia motosikal automatik. Di sini juga para pengujung dapat bertanya dan berinteraksi dengan wakil pihak Yamaha tentang spesifikasi, ciri keselamatan serta kelebihan yang ada di setiap model. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700