RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Disember 2025

AVETA dan Peugeot Motorcycle Umum Kerjasama Strategik

Aveta International Sdn Bhd secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan Peugeot Motocycles, jenama motosikal Eropah yang diiktiraf dengan legasi bertaraf dunia. Langkah ini diakui bakal memperkukuh hala tuju kedua-dua entiti dalam memacu era mobiliti premium baharu untuk segmen dua roda di Malaysia, sekali gus menandakan kemasukan rasmi Peugeot Motocycles ke negara ini.

En. Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta International, berkata: “Kami berbesar hati untuk menerajui Peugeot Motocycles di Malaysia. Jenama ini menepati portfolio kami yang semakin berkembang serta mampu menyerlahkan komitmen Aveta dalam menawarkan pengalaman pemilikan bertaraf dunia. Fokus kami jelas bagi memastikan setiap penunggang dapat menikmati reka bentuk dan kejuruteraan premium dari Perancis, disokong oleh penubuhan stor flagship Peugeot Motocycles di lokasi terpilih. Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Aveta dalam pasaran, malah berpotensi tinggi meningkatkan nilai mobiliti urban dalam kalangan penunggang di Malaysia.”

Ditubuhkan pada tahun 1898, Peugeot Motocycles membawa legasi lebih satu abad kejuruteraan, reka bentuk dan inovasi dari Perancis. Berteraskan falsafah ‘Allure’, jenama ini memainkan peranan penting dalam mencorak mobiliti urban masa kini dengan rangkaian model yang menggabungkan praktikaliti dan reka bentuk elegan.

XP400 - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.
XP400 - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.

Kini, Peugeot Motocycles telah membuktikan kehadiran globalnya melalui lebih 3,000 lokasi jualan di seluruh dunia,
termasuk 250 pengedar di Perancis. Jenama ini menawarkan rangkaian model yang komprehensif, digerakkan oleh
tiga hab pengeluaran global. Antaranya model premium Peugeot Metropolis, XP400 dan Pulsion yang dihasilkan di
kilang bertaraf dunia di Perancis, serta skuter moden seperti Django Classic dan Speedfight yang dihasilkan di China
dan Vietnam.

Aveta merupakan pengeluar motosikal tempatan berdaya maju dengan kehadiran kukuh dalam pasaran. Melalui Aveta International, kumpulan ini kini menerajui jenama Peugeot Motocycles di Malaysia. Aveta International memiliki kepakaran mendalam terhadap pasaran tempatan, rekod prestasi yang terbukti dalam pelancaran model baharu, keupayaan membina imej jenama motosikal, serta ekosistem selepas jualan yang komprehensif di seluruh negara.

Metropolis 400i - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.
Metropolis 400i - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.
Gjanggo Classis - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.
Gjanggo Classis - Gambar sekadar hiasan, bukan model pasaran Malaysia.


Peugeot Motocycles memilih Aveta untuk mengembangkan kehadirannya di Malaysia atas beberapa faktor utama. Antaranya, rangkaian pengedar dan servis yang meluas, kepakaran teknikal, serta program perkhidmatan pelanggan seperti ‘Aveta Care on Wheels’. Kredibiliti Aveta dalam mengendalikan operasi jualan turut diperakui selepas meraih pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records baru-baru ini. Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kesiapsiagaan dalam menyokong jenama antarabangsa, malah menekankan komitmen Aveta terhadap kepuasan penunggang.

Masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai model apakah yang akan memasuki pasaran negara tetapi Peugeot Motocycles dan Aveta International giat membuat persiapan untuk pelancaran rasmi yang dijangka berlangsung pada suku pertama tahun 2026. Rakan-rakan media dan pelanggan yang berminat boleh menantikan pengumuman rasmi serta pratonton model terpilih menjelang pelancaran tersebut. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.