RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Disember 2025

Lori Ubah Laluan Tiba-Tiba Menyebabkan Penunggang Motosikal Maut

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang menukar haluan secara tiba-tiba di Ipoh, Sabtu lepas.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Menurut Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, nahas di Jalan Ipoh–Lumut itu berlaku pada kira-kira 3 petang apabila sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun mengubah haluan ke lorong kiri jalan secara tiba-tiba.

Akibat tindakan itu, motosikal yang ditunggang Ahmad Taufik Abu Bakar, 60, yang berada di belakang kenderaan berat itu dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri lori.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pembonceng yang juga isterinya Azizah Mat Jamat, 61, pula mengalami kecederaan patah kaki kiri dan segera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat.

Abang Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal terbabit tidak memiliki cukai jalan selain insurans tamat tempoh.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menambah, pemandu lori turut ditahan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, klip video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian tular di media sosial sejak pagi tadi.

Dalam video itu, sebuah lori dilihat memberi isyarat ke arah kanan namun tiba-tiba membelok ke kiri setelah melepasi simpang ketika lampu isyarat bertukar hijau, sebelum dirempuh sebuah motosikal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.