RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Disember 2025

BSH Jalin Kerjasama Dengan EMS Motorsports - Tawar Aksesori Untuk ADV160

Boon Siew Honda (BSH) menjalinkan kerjasama dengan E Motorsports Sdn. Bhd. (EMS) bagi memperluas pilihan aksesori untuk para penunggang motosikal Honda di Malaysia. Melalui inisiatif ini, EMS akan menyediakan rangkaian aksesori motosikal yang direka khas bagi melengkapi model-model Honda, bermula dengan ADV160. Usaha ini bertujuan menambah pilihan pelanggan sambil meningkatkan pengalaman tunggangan selari dengan keperluan dan gaya penunggang tempatan.

Kerjasama ini turut menyediakan platform kepada EMS untuk memperkenalkan rangkaian aksesori yang dibangunkan khas untuk penunggang Honda. Pada fasa pertama, tiga pakej gaya untuk ADV160 akan diperkenalkan iaitu Outdoor, City dan Touring, yang masing-masing direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan tunggangan yang berbeza. Pakej-pakej ini akan dipamerkan di semua pusat Impian X serta beberapa pengedar sah Honda terpilih sebagai rujukan pelanggan.

Sembena kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini, BSH turut melancarkan kempen ADV160 + EMS Lebih Bergaya bermula 2hb Disember 2025 hingga 28 Februari 2026. para pelanggan yang membeli ADV160 baharu dan mendaftar melalui Honda X dalam tempoh kempen akan menerima baucar EMS bernilai RM500.

Cara Sertai kempen Ini:

  • Beli Honda ADV160 (dalam tempoh tarikh 2/12/25 – 28/2/26)
  • Daftar Honda X & lengkapkan profil dengan kenderaan anda
  • Terima RM500 e-voucher EMS dalam 1 hari bekerja & tebus terus

Pelanggan boleh melihat tiga ilham gaya EMS yang dipamerkan di Impian X dan pengedar sah Honda, atau melayari katalog aksesori EMS lengkap yang tersedia di lokasi Select Shop. 

Melalui kerjasama ini mencerminkan komitmen Syarikat terhadap falsafah Honda 3 Joys iaitu Joy of Selling, Joy of Buying dan Joy of Creating yang menawarkan peluang personalisasi yang lebih luas demi meningkatkan kepuasan pemilikan.

“Kerjasama ini memberikan pelanggan kami penawaran motosikal yang lebih lengkap. Dengan menyediakan aksesori EMS di lokasi pembelian, penunggang dapat menikmati nilai tambah dari segi praktikaliti, kemudahan dan keyakinan sejak saat pertama mereka menerima motosikal baharu,” kata Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.



Pada masa yang sama, Honda turut menawarkan rogram Waranti Lanjutan 1 Tahun dengan perbatuan tanpa had melalui program baharu Honda Xtend dengan kerjasama bersama Allianz Insurance.

Sebarang maklumat sila kunjungi pusat Impian X atau BigWing terdekat, atau layari http://www.boonsiewhonda.com.my RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.