RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Disember 2025

Empat Warna Baharu Untuk Honda Dash 125 - RM6,599

Bersempena dengan tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi, Boon Siew Honda (BSH) menutup musim 2025 dengan menampilkan empat warna baharu untuk Honda Dash 125 iaitu Kelabu, Biru, Putih dan Hijau.

Warna Kelabu, Putih dan Biru menampilkan rekabentuk grafik geometri berlapis yang tajam merupakan gaya Modern Sporty. Manakala untuk warna Hijau pula varian Neo Sportivo dengan kemasan Hijau pekat bersama warna kelabu gelap, jalur Kelabu yang ringkas dan logo sayap Honda di bahagian fairing sisi sebelah kiri dan kanan. 

Dari segi enjin masih sama iaitu dijana dengan enjin 124.9cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Selain itu, model ini turut dipadankan dengan kotak gear 4-kelajuan yang menghasilkan kuasa 9.9hp pada 8,000rpm dan tork 9.5Nm pada 6,500rpm.

Antara kelengkapan lain seperti fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang, brek cakera depan & belakang, tangki bahan api 4 liter, tinggi pelana 767mm, tayar hadapan 70/90-17, tayar belakang 80/90-17 dan berat 105kg.

Keempat-empat warna baharu tersebut ditawarkan pada harga asas yang disyorkan RM6,599 (tanpa insurans, cukai jalan & pendaftaran). Model ini sudah pun berada di semua Impian X bermula 17hb Disember 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.