RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Disember 2025

Kuala Lumpur Bike Week 2025: 'The Familia Love'

Kuala Lumpur Bike Week (KLBW (2025) telah kembali menemui para peminat dua roda pada 19 dan 20hb Disember lalu bertempat di Heritage Valley, Kuala Lumpur. Acara motosikal ikonik ini meraikan setiap pencinta motosikal dengan tema 'Familia Love' yang memberi tumpuan kepada kesatuan, semangat persahabat tanpa sempadan umur dan latar belakang.

KLBW mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan kemeriahan ini diajurkan secara konsistennya di ibu negara tercinta, Kuala Lumpur. Kehadiran pengunjung dari seluruh negara termasuk para peminat dari negara-negara Asia Tenggara.

Dianjurkan oleh Red Garage, KLBW 2025 sekali lagi berjaya menarik minat ribuah pengunjung yang bukan sahaja ingin melihat pelbagai model motosikal tetapi juga berkesempatan untuk menikmati pameran aksesori, program gaya hidup, konsert dan bermacam jenis makanan yang turut disediakan.

"KLBW telah berjaya menyatukan komuniti pemilik motosikal sejak 2008 dan kali ini kita menyambut Ulang Tahun ke-12 dengan tema 'Familia Love' yang memberi tumpuan kepada semua peminat dunia motosikal tanpa sempadan. Tidak kira motosikal dan umur, semuanya dijemput hadir memeriahkan lagi penganjuran KLBW kali ini, kata En. Eddie dari Red Garage.

Edisi tahun ini juga memperlihatkan kolaborasi pihak Red Garage dengan Sunburst Marketplace, Adipati Bertiga Masharakat Kastem dan Anak Choppa.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan:

  • Pameran Motosikal - Motosikal Kustom, Chopper, Cruiser, Superbike, Klasik/Retro, koleksi model-model unik dan lain-lain.

  • Ekspo Jenama & Ruang Niaga - Pelbagai model motosikal, minyak pelincir, aksesori motosikal, pakaian menunggang, baju-t dan produk gaya hidup.
  • Muzik - Persembahan 'LIVE' dari kumpulan muzik dan DJ.

  • Aktivities 'Lifestyle' - Pameran Kesenian, showcase tatu, trak makanan dan bazar gaya heritage.
  • 'Gathering' Komuniti - Menyuarat & Pertemuan Tahunan pada rider, kelab motosikal dari Malaysia dan Asian.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.