RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Januari 2026

Warga Asing Tunggang Motosikal Lawan Arus Dilanggar

JOHOR BAHRU - Gara-gara menunggang motosikal melawan arus, seorang warga asing cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Masai Lama, Masai, di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan itu melibatkan motosikal jens Honda Wave yang ditunggang mangsa berusia 29 tahun dengan kereta jenis Volkswagen GTI yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada 6 Januari 2026 pada jam 10.30 malam ketika kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Permas Jaya menghala ke Taman Desa Jaya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian ketika pemandu sedang memandu di lorong kanan, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan secara menyongsang arus sebelum bertembung dengan motokar tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultan Ismail (HIS) bagi mendapatkan rawatan, sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecedraan,” katanya.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Mohd Sohaimi berkata, orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kejadian diharap dapat menyalurkannya kepada pihak polis di talian talian 07-386 4222 bagi membantu siasatan.

“Dalam masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak membahayakan pengguna jalan lain,” katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.