RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Januari 2026

AFAZ Bakal Perkenalkan Motosikal 150cc Auto Clutch?

Baru-baru ini AFAZ telah menarik perhatian industri motosikal tempatan apabila mengesahkan pembangunan sebuah enjin untuk moped 150cc yang bakal dilengkapi dengan sistem klac automatik.

Semasa sesi perkenalan jenama motosikal tempatan kedua iaitu AFAZ, perkongsian mengenai Kencana Sport 115 dan pendedahan tentang projek supermoped berkod A03, RR bersama pihak media bukan sahaja berpeluang melihat tetapi dapat menunggang uji unit jentera dengan enjin 150cc yang menggunakan teknologi klac automatik.

Enjin yang dipadankan dengan sistem klac automatik ini merupakan hasil pembangunan oleh AMITECH yang merupakan anak syarikat kepada AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI). Dengan adanya ciri tersebut membolehkan penunggang memulakan perjalanan dan menukar kedudukan gear tanpa perlu menarik tuas klac.

Semasa sesi tunggang uji ringkas di kawasan kilang AMI adalah menggunakan unit prototaip enjin GSX-R150 yang dipasang pada Suzuki Raider. Penggunaan model tersebut hanyalah untuk tujuan ujian sistem enjin dan teknologi tersebut dan bukan gambaran sebenar bagi model AFAZ yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.

Walaupun dapat menunggang uji dalam masa yang ringkas, apa yang RR boleh kongsikan adalah penggunaan sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak mahir menggunakan klac tangan tetapi inginkan sebuah motosikal moped berkapasiti 150cc. 

Proses kemasukan gear sama seperti enjin GSX-R150 di mana untuk ke gear satu perlu tekan ke bawah manakala gear dua hingga enam tolak ke atas. Tuas klac tersebut tetap ada pada bar hendal tetapi penunggang tidak perlu menariknya semasa menukar atau menurunkan kedudukan gear.

Teknologi klac automatik ini dijangka membuat penampilan sulung terlebih dahulu pada model Raider untuk pasaran Vietnam sebelum diperkenalkan pada jentera AFAZ bagi pasaran tempatan. Jadi, adakah supermoped AFAZ yang bakal menerima teknologi ini? sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.