RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2026

Mforce Lancar Pusat Servis Motosikal Terbesar di Malaysia

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd mencatat satu sejarah penting pada tahun 2026 apabila merasmikan pembukaan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce bagi cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Segambut. 

Mforce Kuala Lumpur merupakan pusat servis motosikal yang terbesar di Malaysia dengan memiliki keluasan keseluruhan sehingga 77,000 kaki persegi dan hampir menelan kos perbelanjaan sebanyak 40 juta ringgit.

Berkonsepkan pusat sehenti, Mforce Kuala Lumpur menawarkan ruang pameran "Mforce Gallery" yang mempamerkan pelbagai jenama motosikal di bawah Mforc, CR Cafe, restoran, pusat alat ganti, gudang penyimpanan alat ganti dan pusat servis yang lengkap dengan 18 buah lif motosikal.

Apa yang menarik, pusat servis ini turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai yang RM1.5 juta untuk pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan keadaan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan serta penjajaran badan, sejajar dengan piawaian industri.

Antara kemudahan lain yang ada antaranya surau, tandas, ruangan menunggung untuk para pelanggan, ruang pameran dan jualan produk LS2 sera Mforce Oil.

Seiring dengan pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad, turut mengumumkan cadangan penubuhan program “Mforce Experience Club”, yang bertujuan menyokong aktiviti kelab motosikal Mforce serta menjadi saluran penyampaian maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan terkini. Pendaftaran keahlian secara dalam talian akan dibuka bermula 15 Februari 2026.

Pada masa yang sama, pengajuran cabutan bertuah khas untuk semua ahli Mforce Experience Club sempena Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung pada bulan Mei di MAEP, Serdang dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah lima unit motosikal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.