RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2026

Sepasang Suami isteri Maut Kemalangan di Gerik

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 96.4 Jalan Kuala Kangsar–Pengkalan Hulu di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, penunggang motosikal jenis Yamaha XMAX, Ahmad Mir Hakim Abdul Haziman, 38, dan isterinya, Nurul Alia Razak, 33, masing-masing bekerja di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

kredit foto: Info Semasa.
kredit foto: Info Semasa.

​

​Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal mendapati sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 35 tahun bersama seorang penumpang sedang dalam perjalanan dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian iaitu di hadapan sebuah kilang kertas, skuter yang dinaiki mangsa dipercayai telah masuk ke laluan Toyota Hilux tersebut lalu berlaku pertembungan.

​"Pada masa sama, sebuah lagi motosikal jenis Yamaha XMAX ditunggang lelaki berusia 37 tahun bersama pembonceng wanita berusia 37 tahun yang berada di belakang motosikal pertama tidak sempat mengelak menyebabkannya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Abdul Samad berkata, impak kemalangan tersebut menyebabkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal pertama meninggal dunia di tempat kejadian.

​Jelasnya, pemandu Toyota Hilux pula mengalami kecederaan pada tangan kanan manakala penumpang kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara mangsa bagi motosikal kedua pula ​beliau berkata, penunggangnya dilaporkan mengalami patah tulang bahu kanan manakala pembonceng wanita pula patah paha kiri.

​Tambahnya, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Gerik untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital sama.

Jelas beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.