RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2026

Yamaha X-MAX 300 Bakal Diperkenalkan Tahun Ini?

Selepas 8 tahun model Yamaha X-MAX 250 dipasarkan di Malaysia, akhirnya tahun 2026 ini kita akan diperkenalkan dengan model terbaru yang hadir dengan enjin bersesaran lebih besar iaitu 300cc. Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikongsikan oleh Yamaha Malaysia, desas desus mengenai ketibaan model baru ini telah pun tersebar sejak beberapa bulan lalu.

Model 300cc ini telah pun berada di pasaran global sejak sekia lama tetapi atas isu lesen B2 (250cc dan ke bawah) di Malaysia, jentera/skuter 250cc lebih diutamakan. Daripada X-Max V1 hingga yang terbaru (V3), X-Max semakin popular dan harga jualannya melambung tinggi sehiggakan ada ketikanya menjadi isu panas di media sosial. 

X-Max 300 Tech Max
X-Max 300 Tech Max

Namun begitu, 'Perang Skuter' makin sengit! Pencabar Yamaha tidak lagi terikat dengan isu lesen B2 dan terus menawarkan pelbagai jenis skuter maksi yang lebih berkuasa. Senario ini mungkin menjadi penyebab utama pihak HLYM untuk perkenalkan X-MAX baru. Ya...sudah tiba masanya.

Kalau kita tengok model X-Max 300 di Thailand, ia ditawarkan dalam tiga varian yang terdiri daripada Standard, Tech MAX dan X-Max 25th Anniversary dengan warna-warna yang berbeza. Kita tidak pasti versi mana yang akan dilancarkan di Malaysia tetapi yang pentingnya, X-Max 300 akan berada di pasaran negara. Bila? Berapa harganya? Itu kena tunggu sama-samalah!

Kredit: Yamaha Thailand.
Kredit: Yamaha Thailand.

Adakah dengan ketibaan model 300cc ini bermakna X-Max 250 akan dihentikan? Anda rasa bagaimana? Pada pandangan RR, pihak HLYM wajar terus mengeluarkan versi 250cc kerana permintaannya cukup tinggi.

X-Max 300 Anniversary.
X-Max 300 Anniversary.

X-Max 300 disempurnakan dengan enjin 292cc, sistem penyejuk cecair, SOHC yang berkuasa 28hp (X-Max 250: 22.8hp) dan tork 29Nm (X-Max 250: 24.3Nm). Antara ciri-ciri menarik yang diitawarkan ialah Sistem Kunci Pintar, Sistem Navigasi Garmin, Y-Connect, Windshield Pelarasan Automatik, Sistem Traction Control dan Emergency Stop Signal (ESS) untuk versi Tech Max. Versi Tech Max juga turut dilengkapkan dengan sistem penyerap hentak belakang jenis Ohlins. RR

Spesifikasi ringkas:

  • Tinggi pelana: 795mm
  • Berat: 185kg
  • P x L x T: 2,180 x 795 x 1,460/1,505mm (Tech Max)
  • Tayar hadapan: 120/70-15 M/C 56P
  • Tayar belakang:  140/70-14 M/C 62P
  • Brek hadapan: brek cakera 267mm + ABS + Traction Control
  • Brek belakang: brek cakera 245mm + ABS + Traction Control
  • Isi tangki: 13 liter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia