RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2026

Kontraktor Maut Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda

KUALA NERUS – Seorang kontraktor meninggal dunia apabila jentera berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Wakaf Tembesu di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Anuar Hashim, 34, yang menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Kredit foto: Info Kemalangan Malaysia.
Kredit foto: Info Kemalangan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati nahas melibatkan motosikal mangsa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

"Ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Kuala Terengganu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Setiu menghala ke sebuah kedai plastik di Wakaf Tembesu. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nissan Navara yang dipandu seorang wanita berusia 51 tahun secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kiri laluan mangsa.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurut Azli, impak rempuhan itu menyebabkan motosikal Ducati berkenaan remuk di bahagian hadapan, manakala Nissan Navara tersebut mengalami kemek pada pintu pemandu dan penumpang sebelah kanan.

Kredit foto: Info Kemalangan Malaysia.
Kredit foto: Info Kemalangan Malaysia.

Bagaimanapun katanya, pemandu wanita dan seorang penumpang berusia 21 tahun yang berada di dalam Nissan Navara berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut, manakala punca kematian (COD) masih dalam proses kemas kini.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.