RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2026

QJMOTOR SRT450 RX Diperkenalkan... Adakah Masuk Pasaran Negara?

QJMOTOR telah memperkenalkan model kembara terbaru iaitu SRT 450 RX Rally yang pastinya merancakkan lagi segmen jentera motosikal adventure. Menurut QJMOTOR, model ini adalah gabungan jentera gaya-rally dengan kebolehan untuk tunggangan seharian.

Model ini disempurnakan dengan enjin 449cc, kembar-parallel yang berkuasa 45.9hp pada 9,500rpm dan tork 41Nm pada 8,000rpm. Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan ialah panel meter sistem pencahayaan jenis LED, panel meter TFT yang lengkap dengan beberapa sistem elektronik seperti Sambungan-Bluetooth, Sistem Navigasi, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan unit Pengecas USB.

Fork hadapan jenis USD boleh dilaras sepenuhnya manakala di belakang terdiri daripada sistem saspensi Marzocchi yang memastikan setiap permukaan jalan dapat nikmati dengan selesa. Tayar depan bersaiz 21-inci menakala di belakang 18-inci yang kedua-duanya dipadankan dengan sistem brek Brembo bersaiz 320mm depan dan 240mm di belakang berserta ABS dwisaluran.

SRT450 RX turut didatangkan dengan bar pelindung, pelindung enjin dan rim-rim jenis berjejari untuk kesesuaian tunggangan 'offfroad'. Pelana dan tempat pemegang juga mempunyai sistem pemanas. Tangkinya bersaiz 18 liter dan dikatakan setiap pembeli turut akan menerima kotak barangan yang bermutu tinggi.

Persoalannya. adakah model ini akan dipasarkan di Malaysia? Jawapannya tidak semudah yang disangka. Pihak Mforce Bike perlu menguji model ini dahulu khususnya dari segi ketahanan, kestabilan, penggunaan bahan api dan banyak lagi. Ia tidak semudah yang disangka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.