RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Mac 2026

Honda Rebel 2026 Hadir Dengan Warna Baharu

Boon Siew Honda telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model Honda Rebel 2026 iaitu Matte Gun Powder Black Metallic. Pengenalan warna baharu ini memberi nafas segar kepada model Rebel yang terkenal dengan gaya minimalis tetapi mengekalkan identiti cruiser yang maskulin dan bergaya.

Model dikuasakan oleh enjin 471cc dua silinder selari bersama sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 34kW pada 8,500rpm dan tork maksimum 43Nm pada 6,500rpm. Enjin ini turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang memastikan penghantaran kuasa lebih lancar, respons pendikit lebih baik serta kecekapan bahan api.

Rekabentuk Honda Rebel mengekalkan ciri utama yang menjadi identiti model tersebut iaitu tempat duduk rendah setinggi 690mm. Selain itu, jentera ini juga turut dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 11.2 liter.

Bahagian hadapan pula dilengkapi lampu utama LED berbentuk bulat yang menjadi simbol gaya retro. Lampu ini menggunakan lensa kompak dengan pemasangan aluminium die-cast yang bukan sahaja mengekalkan elemen klasik tetapi membantu meningkatkan tahap pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.

Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, Honda Rebel turut dilengkapi klac Assist & Slipper untuk memberikan kawalan lebih baik ketika menurunkan gear secara agresif. Model ini juga dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran yang membantu meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan penunggang dalam pelbagai situasi.

Kelengkapan lain seperti  paparan meter LCD, transmisi 6-kelajuan, berak 190kg, jarak roda 1,490mm, fork teleskopik 41mm, penyerap hentak berganda di belakang dengan sistem pro-link, tayar hadapan 130/90-16, tayar belakang 150/80-16 dan brek-brek jenis cakera.

Honda Rebel dengan warna baharu berada di semua pengedar Honda BigWing bermula penghujung Mac 2026 pada harga asas RM33,899. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.