RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2026

QJMOTOR AX200S Terlibat Program Recall

QJMotor Malaysia di bawah Mforce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler ekzos untuk unit terpilih model iaitu QJMOTOR AX200S.

Program ini dilaksanakan susulan pengenalpastian kemungkinan keretakan pada komponen muffler ekzos pada beberapa unit AX200S. Sebagai langkah proaktif, pihak Mforce telah memperkenalkan muffler ekzos versi dipertingkat bagi memastikan ketahanan dan prestasi yang lebih baik.

Pemilik QJMOTOR AX200S yang terlibat disarankan untuk segera menghubungi atau mengunjungi pengedar sah tempat pembelian dibuat bagi mengatur proses penggantian. Para pemilik juga boleh menyemak status kenderaan masing-masing melalui portal rasmi https://productrecall.mforceservice.my/

Untuk makluman, Proses penggantian dilakukan secara percuma termasuklah kos alat ganti dan upah kerja.

Jentera yang dipanggil semula hanya terlibat bagi model-model yang sebelum ini manakala unit model baharu yang bermula pada bulan ini telah pun dilengkapi dengan muffler versi dipertingkat, sekali gus memastikan penambahbaikan tersebut telah diterapkan pada unit terkini.

QJMotor Malaysia menegaskan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.