RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Februari 2016

KTM Trackday Beri Peluang Pengalaman Berlumba Di Litar

Baru-baru ini, KTM Malaysia telah menganjurkan KTM Trackday bertempat di litar Speedway Elit Plus, Subang Jaya. Ianya berjaya menarik seramai 300 orang pengunjung. Program ini terbuka kepada semua pemilik KTM yang ingin berlumba dengan cara yang lebih selamat. Acara tahunan ini adalah kali yang ketiga diadakan selepas negeri Perlis dan Melaka.

Seramai 36 orang mendaftarkan diri sebagai pelumba yang diwajibkan memakai pakaian yang lengkap seperti topi keledar penuh muka, sarung tangan, but dan sut perlumbaan. Sebanyak RM50.00 dikenakan sebagai yuran pendaftaran.

Empat kategori perlumbaan disediakan iaitu KTM 200cc/250cc, KTM 390cc, KTM 690 Duke/Supermoto dan KTM CKD Open. Sesi taklimat keselamatan perlumbaan diadakan dan peserta bersiap sedia untuk sesi latihan bebas. Masing-masing diberikan masa yang mencukupi untuk mencuba tahap kemahiran mengendalikan jentera di dalam litar. Selesai sesi latihan, para peserta memulakan perlumbaan.

Walaupun cuaca agak panas terik pada hari itu, kesemua peserta berlumba dengan penuh semangat dan fokus untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Para pengunjung juga memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang berlumba. Setiap kategori perlumbaan dilangsungkan selama 15 minit.

Kategori KTM 200cc/250cc dimenangi oleh Lim Pau Hwa yang menunggang 200 Duke. Dia beraksi dengan hebat meninggalkan agak jauh para pelumba yang lain. Untuk kategori KTM 390cc dan KTM CKD Open, Mohd Muzakir yang menunggang 390 Duke menjuarai kedua-dua perlumbaan ini. Tiada siapa yang mampu mencabarnya. Aksi sliding yang dipamerkan oleh beliau turut disambut dengan sorakan pengunjung.

Deruman enjin yang kuat dalam kategori KTM 690 Duke/Supermoto menyaksikan ketangkasan jentera meratah selekoh di litar yang menjadi tarikan pengunjung. Perlumbaan ini dimenangi oleh Yap Wei Seong yang menunggang 450 SMR.

Hadiah tempat pertama, kedua sehingga ketiga berupa wang tunai RM300.00, RM200.00 dan RM100.00. Para pemenang juga menerima sebuah piala yang menarik.

“Saya amat berpuas hati dan gembira walaupun mendapat tempat kedua kerana dapat beraksi sepuas-puasnya di litar. Ini adalah kali kedua saya menyertai KTM Trackday selepas diadakan di Melaka. Selain itu, saya dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan baru yang berlumba bersama-sama,” jelas Zaim Aiman yang menunggang KTM 200 Duke, berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut Ms Joey Chia, pengurus cawangan di Kota Damansara, “KTM Malaysia akan merancang untuk mengadakan program seperti ini untuk tahun 2016. Ianya bertujuan untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan sesama pelanggan malah meningkatkan lagi kredibiliti jenama KTM di Malaysia.” RR

Isu Pada

Februari 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.